Friday, March 23, 2012

Satu , permulaan...

Kita sering lupa... setiap sesuatu mesti ada permulaannya... semuanya bermula dengan SATU... satu langkah pertama, satu batang gigi pertama, satu patah perkataan pertama, dan segala-galanya, semuanya perlu bermula dengan SATU.

Kita sering lupa... bukan... kita memang lupa bagaimana payahnya untuk memulakan sesuatu. walaupun SATU merupakan satu angka yang kecil, namun ianya merupakan satu langkah yang sangat besar dalam kehidupan kita. Tiada satu, tiadalah angka seterusnya... begitulah ironnya kehidupan.

Ada sesiapa yang ingat bagaimana susahnya kita semasa belajar untuk menapakkan langkah pertama semasa kita bayi dahulu. Kita berdiri, jatuh lalu bangun dan berdiri lagi, begitulah seterusnya sehingga otot dan tulang kaki kita cukup kuat untuk menampung badan, dan apabila otak mulai tahu bagaimana mengaturkan keseimbangan tubuh. Sakitnya semasa jatuh tidak dihiraukan, malah kita terus berusaha untuk berdiri sehingga akhirnya kedua-dua kaki telah terpacak tegak di lantai. Selepas berdiri, kita mula belajar mengatur langkah. daripada langkah pertama, jatuh dan bangun tidak terkira lagi banyaknya. namun tiada rasa putus asa kerana walaupun jatuh, sakit dan menangis, kita teruskan juga sehingga akhirnya kita mampu berjalan sendiri.

Jika pengalaman semasa belajar berjalan dahulu dijadikan sebagai iktibar. Tiada manusia akan mengenal perkataan Putus asa... mungkin kerana itu, memori kita terhadap semua kejadian kita semasa bayi dipadam dari kotak fikiran... kerana kita semasa bayi semuanya adalah HEBAT...

Namun apabila kita dewasa, mengapa begitu banyak alasan, begitu banyak keluhan, begitu banyak penilaian.... adakah kita telah terlalu banyak belajar? Mengapa apabila sekali kita jatuh, kita sudah mula mengundurkan diri...? Mengapa kita sering mengelak?...

Saya suka melontarkan soalan-soalan ini, kerana saya tahu, terlalu banyak jawapan diluar sana... namun pada saya hanya satu jawapan yang satu... kita adalah manusia dan Dia yang mengatur segalanya. Akhirnya jika kita seudah tidak mampu mencari logik di dalam akal fikiran kita yang cetek ini, hanya dengan maklumat dan pengatuan yang sedikit yang dipinjamkan oleh-Nya... kita perlu kembali kepada - NYA.